HOME INFO

PETUA

PENGEDAR

 

ANDA BOLEH DAPATKAN MADU LEBAH TAYYIBAH

DI ECONSAVE BANGI & KEDAI NASI ARAB JERANTUT

 

 

 

Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini. Adakalanya madu lebah yang terdapat dipasaran dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna.

Madu Lebah Tualang merupakan madu lebah Asli "Natural"  bersumber dari nektar bunga hutan yang sangat misteri lalu dikumpulkan dan di olah menjadi madu lebah oleh lebah liar hutan, Apis Dorsata. Keistimewaan dan khasiat madu lebah ini sangat tinggi kerana nektarnya terdiri dari pelbagai jenis bunga hutan alam nusantara (poliflora) sehingga komposisi gizi, rasa, warna dan aromanya lebih kompleks dan unggul dibanding madu lebah yang berasal dari lebah ternak yang bersumber dari satu jenis bunga tertentu sahaja (monoflora).

Madu Lebah Tualang menawarkan 2 jenis madu lebah asli hutan yang sangat berkualiti untuk keperluan penyembuhan dan pengubatan atau sebagai minuman harian yang sangat berkhasiat.
  1. Madu Lebah Asli Hutan Segar, di mana madu lebah dari hutan yang terus disaring dan dikemaskan dengan botol (mengandungi kadar peratus air 18%-22%).
  2. Madu Lebah Asli Hutan Segar Pekat, di mana madu lebah dari hutan yang terus disaring dan ditingkatkan kualitinya dengan mengurangi kadar air madu lebah sehingga sampai ke peringkat bebas peragian (yieast fermentation) iaitu 15%-17%.

 Perbezaan madu lebah asli dan madu lebah tiruan

  • Madu lebah campuran mengandungi kandungan gula sukrosa yang rendah
  • Madu lebah sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu
  • Sukar untuk membezakan antara madu lebah asli dan madu lebah tiruan melainkan menerusi ujian makmal
  • Bagi mereka yang biasa makan madu lebah asli, dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu lebah tiruan.
 Kandungan dalam madu lebah
Madu lebah mengandungi pelbagai unsur-unsur penting dengan jumlahnya yang ideal dengan tubuh manusia seperti:
             
 
  • Kalsium (Ca)
  • Phosphor (P)
  • Natrium (Na)
  • Thiamin
  • Niacin
 
  • Riboflavin
  • Potassium
  • Iron
  • Zink

 

     
Di samping itu, gula dalam madu lebah (glukosa dan fruktosa) merupakan gula ringkas (simple sugar, monosacharide) yang mana apabila di makan seketika akan terus diserap oleh darah sehingga menimbulkan tenaga secara spontan. Berbeza dengan gula biasa atau madu lebah tiruan yang merupakan gula kompleks (polisacharide) yang tidak langsung dapat diserap oleh darah, kerana harus dirubah menjadi gula ringkas dengan cara pemprosesan oleh hati yang akan mengakibatkan kerosakan hati (sel herpa) apabila melebihi dos biasa.
Ciri-ciri kimia madu lebah adalah madu lebah mengandungi asid amino (0.05-0.1%) dan  asid organik (0.57%, julat 0.17-1.17%). Purata indek pH bagi madu adalah 3.9 (dengan julat tipikal 3.4-6.1). Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun, warna madu bukanlah penunjuk yang tepat bagi menguji gred madu kerana ianya dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen-komponen organik tertentu di dalamnya.
 Khasiat madu lebah
Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya.  Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:
- Asma - Haid - Resdung
- Alahan - Jerawat - Rambut gugur
- Barah - Letih - Sakit kepala
- Buasir - Lendir kahak - Sakit pinggang
- Batuk kering - Lemah jantung - Sakit sendi
- Batuk - Mata - Sukar tidur
- Darah Tinggi - Pening
- Gastrik - Penyeri muka
Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:
  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
  • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
  • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus

 Madu lebah menurut Islam

Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;

"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a:

"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh

 
 Hubungan kesihatan (rawatan) dan madu lebah
Antimicrobial : Madu lebah berupaya bertindak sebagai bahan pengawet. Penyelidikan ilmiah menunjukkan madu lebah dapat mengawetkan buah-buahan dan sayuran daripada enzim yang boleh mengakibatkan ianya berubah kecoklatan dan rosak. Aktiviti antibakteria yang terdapat pada madu lebah ini adalah disebabkan kewujudan hidrogen hidroksida (agen pembunuh bakteria) dan organik antibakteria.
Antioxidants : Madu lebah mengandungi pelbagai fitokimia ‘phytochemicals’ seperti asid organik, vitamin dan enzim yang sememangnya merupakan sumber diet yang penting bagi proses antioksida. Jumlah dan jenis antioksida adalah bergantung kepada kekuatan saripati madu lebah itu sendiri dan sumber bunganya. Biasanya, lebih gelap warna madu lebah menunjukkan lebih tinggi kandungan antioksida berbanding madu yang berwarna agak cerah (kekuningan). Antioksida dalam madu lebah mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.
Enzymes : Enzim memainkan peranan penting dalam madu lebah yang menjadikannya sangat penting untuk pengubatan dan makanan yang berkhasiat tinggi. Sebagai contoh, glucose oxidase berfungsi menukar glucose kepada gluconolactone yang menghasilkan asid gluconic dan hidrogen peroksida.
Pro-Biotic : Campuran madu lebah bersama yogurt dan produk tenusu lain akan meningkatkan lagi aktiviti, pertumbuhan dan kegalakkan bakteria baik, bifidobacteria untuk melawan bakteria jahat bagi keseimbangan usus yang sihat.
 Kaedah ujian keaslian madu lebah
Selama ini banyak petua atau kaedah tradisional yang digunakan untuk menguji keaslian madu lebah. Walaubagaimanapun kaedah ini boleh dipertikaikan secara saintifik. Petua tradisional yang sering digunakan untuk menguji keaslian madu lebah:
Semut : Ini kerana madu lebah asli (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu lebah asli yang akan mengeluarkan gas (madu lebah asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah
Peti Sejuk : Madu lebah asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu lebah asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu lebah asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.
Pembentukan mendakan kristal : Madu lebah asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu lebah asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah.
Telur : Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman! 
Maka, kami menasihati pengguna dan peminat madu lebah supaya berhati-hati terhadap madu lebah yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan, nanti disangka MADU LEBAH rupanya  RACUN  yang sangat berbahaya. 
Kami sangat berhati-hati dalam memperkatakan tentang madu lebah asli sehingga perlu dihuraikan secara ilmiah agar dapat berkongsi pemahaman dan kesedaran bersama anda semua disamping bersyukur akan nikmat Allah yang tiada tolok bandingnya lagi. Buatlah setitik madu lebah sekiranya anda mampu! Kami tentunya hanya menawarkan madu lebah asli untuk memelihara kedudukan madu agar tetap terjaga sebagai suatu sumber penyembuhan sunnahtullah. 

 Bagaimana untuk menguji keaslian madu lebah?

Kami mencadangkan kepada anda kaedah untuk menguji keaslian madu lebah samada madu lebah yang dijual adalah asli ataupun tiruan. Kaedah mengenalpasti Madu Lebah Asli adalah seperti berikut:
  • Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah.

  • Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu lebah asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu lebah asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan ciri-ciri tertentu. Madu lebah asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.

  • Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu lebah tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu lebah tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.

  • Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol.

  • Menggunakan api: ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.

 Sijil ketulenan Madu Lebah Tualang
 

 
 Testimoni Madu Lebah

"Sebelum ini anak saya mengalami masalah sembelit dan susah untuk membuang air besar. Syukur kepada ALLAH, setelah saya berikan minuman air madu lebah tualang, tiada lagi masalah sembelit"  Zarina

"Saya memang amalkan makan madu tualang untuk kesihatan. Selepas diperkenalkan oleh seorang kawan, saya mencuba madu. Kesannya sangat bagus, badan lebih bertenaga dan apabila bangun pagi lendir di kerongkong memang sangat berkurangan. Memang rasa selesalah" Pak Cik Mie

"Madu lebah tualang dapat memberi kesan kepada diri saya hanya selama 3 hari sahaja. Selepas 3 hari dan 3 malam saya amalkan, saya rasa sungguh segar dan bertenaga apabila bangun dari tidur"  Syam

"Anak akak yang kedua ni ada masalah batuk yang tak elok-elok. Ubat dah dua kali ambil, tapi tak sembuh juga. Tengah malam je mulalah dia batuk-batuk. Seorang kawan akak cadangkan akak makan madu tualang ni. Jadi akak cubalah bagi anak akak makan sebelum tidur. Alhamdulillahlah, lepas dua kali bagi batuk anak akak dah tak de..." Norlela

"Sekarang ini saya telah mengamalkan meminum air madu lebah asli tualang. Selalunya saya minum sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Alhamdulillah......tiada lagi lesu ketika bangun tidur dan sistem pencernaan saya pun OK...."  Azzmi

"Musim hujan nie selalunya sejuk.Apa yang saya buat, saya tumbuk 1 inci halia dengan menggunakan lesung batu dan saya masukkan ke dalam cawan. Kemudian campurkan bersama-sama Madu lebah tualang. Tak sampai 1 jam badan saya berasa selesa sekali: angin dalam badan tiada dan haba dalam badan bertambah......" FaiZ

"Madu ada di sebut di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Saya begitu yakin yang madu dapat mencegah penyakit. Oleh yang demikian, sebelum kena adalah lebih baik saya amalkan menggunakan madu dulu. Saya yakin dengan Madu lebah tualang kerana madu lebah ini telah diuji dari segi saintifik di makmal. "  Raduan

"Bila saya bangun tidur, saya rasa ada lendir di kerongkong saya nie... Rasa memang tak selesa. Lalu saya guna Madu lebah tualang dan syukur pada Allah, lendir di kerongkong saya telah berkurang. Insya Allah saya akan amalkan meminum Madu lebah tualang supaya lendir saya ini akan terus lenyap dalam hidup saya"  Roslan

 Produk Madu Lebah
PRODUK 1: MADU TUALANG TAYYIBAH 500g

Berat: 500 g

Faedah: Vitamin A,B,C & E, zat galian & kecergasan minda, demam & antibiotik, batuk berkahak, lelah & paru-paru berair, proses penghadaman, sukar tidur, memulihkan tenaga, melecur, penyakit jantung & perokok, mengimbangi suhu badan, baik untuk ibu selepas bersalin.

Kandungan: Madu Tualang Asli

Harga: Semenanjung: RM60, Sabah & Sarawak: RM68 (KOS PENGHANTARAN: PERCUMA)

         
         
PRODUK 2: MADU X-TRIM

Kapasiti: 500 g

Faedah: Mengatasi masalah ereksi bagi lelaki secara natural dengan kualiti herba gred A+  di pasaran, membantu mengawal keserasian hormon semasa haid dan menopouse, menguatkan sendi dan sengal lutut dan pinggang , melancarkan darah, mengembalikan tenaga spontan, meningkatkan prestasi seksual lelaki dan wanita, mencegah gout dan lelah, mencegah kolesterol yang berlebihan dan sakit jantung, awet muda pada wajah dan tenaga, dan banyak lagi

Kandungan: Madu Arab, Multiflora & Tualang, Tribulus Terestris, Butea Superba, Maca, Ginseng dan Herba Pilihan.

Harga: Semenanjung: RM95, Sabah & Sarawak: RM105 (KOS PENGHANTARAN: PERCUMA)

         
         
PRODUK 3: MADU SLIM KHAL DE'KURME

Kapasiti: 500g

Faedah: melancarkan darah, mencegah penyumpatan pada saluran jantung, mengawal berat badan, obesiti, melegakan kahak dan batuk,  mencegah kolesterol dan darah tinggi, menambah stamina, mencegah dari radang jerawat , resdung dan toksik dalam badan.

Kandungan: Madu Arab, Multiflora & Tualang, Khal Delima, Kurma dan Epal Gred A dan Herba Pilihan.

Harga: Semenanjung: RM60, Sabah & Sarawak: RM68 (KOS PENGHANTARAN: PERCUMA)

         
         
PRODUK 4: MADU IQ ZA'FARAN PLUS KURMA AJWA

Kapasiti: 500g

 

Faedah: Gabungan makanan sunnah bagi menguatkan hati dan akal untuk tunduk dengan wahyu, menguatkan ingatan dan hafalan, melancarkan darah, meningkatkan kecerdasan minda & IQ, merangsang untuk fokus dan teliti ketika belajar, mencegah dari terkena racun dan sihir.

Kandungan: Madu Arab, Multiflora & Tualang, Za’faran Merah Gred A+, Delima, Minyak Zaitun, Buah Tin, Habbatussauda, Kurma Ajwa, Air Zam-Zam dan Herba Pilihan.

Harga: Semenanjung: RM60, Sabah & Sarawak: RM68 (KOS PENGHANTARAN: PERCUMA)

         
         
         
PRODUK 5: MADU TT (Tualang Plus Ternak)

Kapasiti: 500g

Faedah: Melancarkan darah, menambah stamina spontan, melawaskan buang air, sumber mutivitamin yang berkhasiat untuk seisi keluarga, sesuai untuk santapan bersama makanan lain (roti, kek dll.).

Kandungan: Madu Multiflora & Tualang.

Harga: Semenanjung: RM35, Sabah & Sarawak: RM42 (KOS PENGHANTARAN: PERCUMA)

         
         
PRODUK 6: MADU HABBATUS SAUDA Plus Delima

Kapasiti: 500g

 

Faedah: Melancarkan darah, menghangatkan badan, mencegah asma/lelah, sakit sendi, meningkatkan antibodi dan stamina dan untuk kesuburan lelaki

Kandungan: Minyak Habbatus Sawda, Madu arab, Madu Tualang, Madu Multiflora, Delima, Zaitun, Zafaran dan herba pilihan

Harga: Semenanjung: RM60, Sabah & Sarawak: RM68 (KOS PENGHANTARAN: PERCUMA)

         
         
PRODUK 6: MADU TUALANG BERSARANG (TIADA PENGHANTARAN)

Kapasiti: 300g & 1000g

 

Faedah: Madu tualang sarang adalah khusus, terpilih dan 100% sangat diyakini asli kerana madu mengalir keluar dengan kaedah hirisan dan sebahagian madu ada di dalam sarang. Ianya lebih bersih dan steril dan rasa madu tualang yang lebih sempurna. Sebahagian sarang bercampur dengan propolis, bee pollen dan royal jelly.
*
Produk terhad pada musim tertentu sahaja.

Kandungan: Madu Tualang Asli dan sarang lebah

Harga: RM48(300g), RM180(1kg)

         
         
         
 Langkah-langkah membeli madu
Langkah 1:

Masukkan wang ke dalam salah satu akaun di bawah:

MAYBANK
No Akaun: 162106334376
Nama: Mohd FazrulHisyam bin Mohd Nor
3rd Party Email: fazrul76@gmail.com

CIMB BANK
No Akaun: 12360016541527
Nama: Mohd FazrulHisyam bin Mohd Nor
Langkah 2:
Hantarkan maklumat berikut kepada pihak kami melalui email(fazrul76@gmail.com) atau WhatsApp(019-6957675) untuk tujuan penghantaran.
a. Senaraikan kuantiti madu & jenis madu yang dipesan
b. Hantarkan butir peribadi(Nama penuh, No.Telefon, Alamat rumah, email dan kaedah pembayaran)
c. Lampirkan bukti pembayaran: Sila copy & paste maklumat transaksi pembayaran anda jika anda menggunakan maybank2u,cimbclicks. Jika anda menggunakan ATM Deposit/ATM Transfer, sila masukkan maklumat masa transaksi, nombor reference tarikh serta lokasi ATM

 ANDA BOLEH JUGA DAPATKAN MADU MELALUI PENGEDAR BERHAMPIRAN DI TEMPAT TINGGAL ANDA

  KAWASAN PENGEDAR  
       
  SELANGOR    
  AMPANG FARZLINA (012-6556810)  
       
  BANGI MOHD ISA (017-7280063)  
    USTAZ ZUBIR (019-9069369)  
    ABDUL RAHMAN (019-3773856)  
    ANI (019-3881616)  
       
  BANDAR TUN RAZAK MUHAMMAD FAIZUL WAHAB (016-2091315)  
       
  BANTING USTAZ OMAR (013-3918727)  
       
  CYBERJAYA KHAIRUL (019-9488673)  
       
  DAMANSARA ZURAIDI (014-6805599)  
       
  GOMBAK ABDUL RAHMAN (014-3303547)  
       
  KAJANG SHURINA (012-6137092)  
       
  KAJANG (SG RAMAL) MOHD ABDULLAH (019-2519302)  
       
  KLANG SYAHRUL (012-6535553)  
       
  KEPONG ZURAIDI (014-6805599)  
       
  LEMBAH PANTAI, BANGSAR MOHAMMAD (017-2109008)  
       
  PUTRAJAYA KHAIRUL (019-9488673)  
    USTAZ ZUBIR (019-9069369)  
       
  BDR BARU SALAK TINGGI SUHAIMI (012-6875079)  
       
  SHAH ALAM ZURAIDI (014-6805599)  
       
  SG BULOH (SAUJANA UTAMA) ZAINI (012-3955953)  
       
       
  NEGERI SEMBILAN    
  BAHAU SYAHRUL (012-6535553)  
       
  KUALA PILAH SYAHRUL (012-6535553)  
       
  NILAI KHAIRUL (019-9488673)  
    ALI (012-3885234)  
       
  SEREMBAN KHAIRUL (019-9488673)  
       
       
  PAHANG    
  JERANTUT FAIRIS (016-9809653)  
       
  KUANTAN ADAM (017-9663784)  
       
  PULAU PINANG    
  BUTTERWORTH MOHD FAUZI (017-5974011)  
       
ANDA BOLEH JUGA DAPATKAN MADU DI KEDAI-KEDAI KAMI
SELANGOR
 

ECONSAVE, Bangi

Darussyifa BB Salak Tinggi

 

 

Saujana Utama, Sg.Buloh

Darussyifa Shah Alam

 

Darussyifa Shah Alam

JOHOR

Pasaraya SMART, Johor Bahru

 

Jusco Taman Universiti, Skudai

 

MYDIN, Nusajaya

 

PAHANG

 

Kedai Nasi Arab, Jerantut

 

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HANTAR KEPADA KAMI MELALUI BORANG INI:

   
Nama:
Email:
Telefon:
Perkara:
Mesej:

 

 

                 

copyright ©2013 khasiat madu lebah asli